Thursday, May 26, 2016

Batik Terengganu

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Terengganu.


Motif



Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Rupabentuk Kain Batik Sarung
 Pucuk Rebung                               Corak Ayam
Corak Siput


Contoh Motif Organik:  

  • Motif Ayam
  • Motif Bunga Buluh
  • Motif Bunga Kerak Nasi
  • Motif Bunga Kotak Bercampur
  • Motif Bunga Orkid
  • Motif Bunga Raya
  • Motif Daun Sireh 


Contoh Motif Geometrik:
  •  Motif Pucuk Rebung
  •  Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak


Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
  • Corak Berdiri
  • Corak Jalur
  • Corak Melintang
  • Corak Menyeluruh
  • Corak Menyerong
  • Corak Tompok-tompok
  • Corak Ulangan Batu-bata
  • Corak Ulangan/Selang seli
Proses Membuat


  
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik. 

  • Blok Penerap
  • Campuran lilin
  • Kain
  • Pencelup
  • Sebuah Meja

  
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Penjenisan Kain Batik


Batik Blok



Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.


Batik Conteng


Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Gambar Batik

Tarian Dabus

Tarian Dabus merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.
Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak.
Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan guruMuhammad Abil Hassan al-Rifai. Dan satu lagi pendapat mengatakan Ahmad Mahyuddin yang berguru dengan Muhammad Abil Hassan al-Rifai telah bertemu dengan Nakhoda Lembang dari Batu Bara, Aceh yang berguru dengan Fakir Muhammad dari India pada tahun 1785, telah bersama-sama memperkembangkan kesenia dabus ke Perak di Pasir Panjang seawal tahun 1700.